Netizen Saran Stesyen TV Boikot Hafidz Roshdi, “Tak Wajar Dijadikan Idola, Ikon, Artis..”

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini nama pelakon lelaki dikenali dengan nama Hafidz Roshdi menjadi topik hangat di sosial media. Kemelut rumahtangga ditambah dengan perbuatannya baru-baru ini membuatkan netizen kurang senang dengan pelakon ini.

Apatah lagi terbaharu Hafidz didakwa menumbuk muka bekas isterinya, Shuhada hingga menyebabkan kecederaan di sebuah R&R. Dakwaan perbuatan tidak bermoral Hafidz Roshdi ini diselar dan dikritik ramai.

Sponsored

Malah kecederaan yang dialami Shuhada itu agak teruk dan membuatkan ramai simpati dengannya. Terbaharu netizen saran stesyen TV boikot Hafidz Roshdi kerana perbuatannya itu.

Menerusi muat naik oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Khairul Hakimin Muhammad, individu ini menulis saran stesyen TV boikot Hafidz Roshdi seperti berikut:

Sponsored

Menurut tulisannya itu, individu berkenaan menyeru pihak stesen TV dan lain-lain untuk menyekat artis berkenaan dari bersiaran. Tulisnya pelakon ini tidak wajar menjadi idola, ikon, artis atau apa sahaja bawaan imej di mana-mana layar TV, pawagam atau streaming termasuk media sosial.

Disebabkan tulisan individu ini, ramai yang bersetuju dengannya. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen muat naik tersebut:

Sponsored

“Setuju..Walau stesyen TV tak terlibat dalam masalah rumahtangga diorang tapi prihatin atas dasar manusia”

“Dalam apa keadaan sekalipun saya menentang kekerasan fizikal kepada sesiapa sahaja termasuklah kekerasan domestik!”

“Setuju..Gila apa p tumbuk? Isteri tak mau bagi balik la kat family dia. Ambik cara baik pulang pun cara baik la”

“Setuju. Semasa beristeri ada anak2, doa2 isteri untuk suami agar dimurahkan rezeki. Bila aniaya isteri, ibu kepada anak2nya..Hmmm Allah tarik balik rezeki tu”

SumberFacebook