Dilihat ‘struggle’ nyanyi lagu Harum Sundal Malam, peminat faham Iman Troye ‘nervous’

Sponsored

Nampaknya nama penyanyi, Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin kini tidak perlu lagi diperkenalkan kepada peminat muzik tempatan. Iman Troye begitu mendapat perhatian selepas lagunya berjudul Teman menerima sambutan hebat.

Sehinggakan lagu-lagunya setelah itu juga tidak kurang hebatnya viral di media sosial menjadikan nama Iman Troye tidak henti-henti menjadi perhatian warganet di media sosial. Pada tahun lalu pula, Iman Troye muncul dengan lagu terbaharu berjudul Harum Sundal Malam.

Sponsored

Harum Sundal Malam dapat perhatian peminat Iman Troye

Walau bagaimanapun, Iman Troye baru-baru ini pula mendapat perhatian di rancangan Muzik-Muzik ke-37 apabila dikongsikan persembahan dia menyanyikan lagu Harum Sundal Malam. Menerusi YouTube, ternyata persembahan Iman Troye menarik tumpuan peminatnya.

Sponsored

Bagi peminat lagu penyanyi popular ini yang berjudul Harum Sundal Malam sedap yang sekali gus membuatkan peminat mahu mengundi lagu tersebut.

‘Pencalonan baru ye? Ok aku nak vote… kalau nak compare Nang dengan lagu ni, lagu ni lagi sedap sebenarnya’

Sponsored

Namun begitu, ternyata cara persembahan Iman Troye di rancangan Muzik-Muzik ke-37 itu turut menjadi tumpuan apabila dia dikatakan dilihat seperti struggle menyanyikan Harum Sundal Malam ketika itu

Menerusi ruangan komen, reaksi netizen tentang cara persembahan Iman Troye itu menarik tumpuan peminat untuk turut meninggalkan komen yang memahami penyanyi itu mungkin nervous.

‘Macam struggle je nak nyanyi’