Dini Schatzmann & Janna Nick Bakal Umum Berita Besar Dalam Masa Terdekat, “Mungkin Lepas Ramadan…”

Sponsored

Sebelum ini, status hubungan Janna Nick dan Dini Schatzmann menjadi tanda tanya selepas pelakon wanita itu memuat naik hantaran sedih di media sosial. Malah pelakon itu juga turut meluangkan masa bercuti di luar negara untuk merawat kesedihannya itu.

Namun baru-baru ini, Dini memaklumkan dia dan Janna Nick akan berkongsikan berita besar kepada orang ramai dalam masa yang terdekat ini. Walau bagaimanapun, pelakon lelaki itu tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai perkara yang mahu diumumkan itu.

Sponsored

“Berita yang agak besar tapi kena tunggu. Insya-Allah, mungkin lepas Ramadan. Saya rasa semua benda ada waktu dan perancangan macam mana ia berjalan.”

Tambahnya, sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk dia berkongsikan mengenai berita tersebut. Jelasnya, terdapat beberapa perkara yang sedang terjadi sekarang ini yang menyebabkan ianya kurang sesuai untuk memaklumkan tentang berita besar yang dimaksudkan itu.

Sponsored

Dalam masa yang sama, Dini memberitahu hubungannya dengan Janna berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Malah dia turut menyangkal dakwaan yang mengatakan kedua-dua mereka bermasam muka dan mempunyai masalah dengan satu sama lain.

“Hubungan saya dengan Janna memang baik, tak pernah tak baik. Kalau apa-apa pun kita tak akan gaduh. Kami sentiasa ada satu sama lain. Kami pun masih bekerjasama. Semuanya baik, tak ada masalah apa-apa.”

Sponsored

Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak berkongsikan apakah status hubungan di antara mereka susulan kontroversi yang hangat diperkatakan sebelum ini. Terdahulu, ramai yang mendakwa hubungan pasangan itu telah terputus di pertengahan jalan selepas Janna Nick membuang gambar Dini dari akaun Instagramnya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberxtra