Kes Pembunuhan Ngeri Model Abby Choi, Hartanah Bernilai RM25.4 Juta Didakwa Sebagai Punca

Sponsored

Seluruh dunia dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam model terkenal Hong Kong, Abby Choi baru-baru ini. Model itu dilaporkan telah dibunuh dengan kejam apabila mayat mangsa ditemui telah dipotong dan disorokkan di beberapa tempat secara berasingan.

Sebelum ini, beberapa bahagian badan mangsa ditemui berada di sebuah kediaman manakala bahagian kaki mangsa ditemui di dalam peti sejuk sebuah rumah di Kampung Lung Mei, Daerah Tai Po. Terbaru, pihak polis telah berjaya menemui bahagian kepala Abby Choi yang disorokkan di dalam periuk sup besar.

Sponsored

“Kami percaya kediaman itu disewa semata-mata untuk melupuskan mayatnya. Dua bekas mengandungi tisu manusia ditinggalkan di lokasi kejadian. Bahagian badan dan tangannya juga belum ditemui.”

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati sebuah rumah tiga tingkat yang menjadi lokasi penemuan beberapa bahagian badan mangsa dijadikan sebagai tempat ‘menyembelih’ mangsa. Pihak berkuasa percaya pertelingkahan di antara mangsa dan bekas mertuanya mengenai hartanah bernilai RM25.4 juta sebagai punca kejadian.

Sponsored

Tak puas hati rumah dijual

Difahamkan, bekas mertua Abby Choi tidak berpuas hati dengan cara penggendalian hartanah mewah yang akhirnya membawa kepada pembunuhan kejam itu. Model tersebut dipercayai masih lagi menanggung keluarga bekas suaminya itu walaupun mereka sudah berpisah.

Abby Choi dikatakan membeli sebuah hartanah mewah dengan nama bekas bapa mertuanya di Kadoorie Hill di Ho Man Tin. Pada tahun lalu, mangsa memaklumkan tentang rancangannya untuk menjual hartanah mewah itu pada nilai pasaran RM25.4 juta.

Sponsored

Wanita itu juga berjanji akan menempatkan keluarga bekas suaminya itu ke kediaman lain namun dibantah oleh mereka sehingga berlakunya pertengkaran mulut. Ahad lalu, bekas bapa mertua dan abang iparnya didakwa atas tuduhan membunuh manakala bekas ibu mertuanya berdepan tuduhan menghalang keadilan.

Bekas suaminya, Alex Kwong juga turut ditahan Sabtu lalu semasa dia sedang menunggu bot laju sebagai cubaan melarikan diri. Lelaki itu turut membawa wang tunai bernilai RM282,532 dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira RM2.3 juta bersamanya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.