Baru-baru ini perkongsian pelakon, Siti Khadijah Halim membuatkan seorang pelakon, Puteri Khareeza yang kini hangat diperkatakan selepas memegang watak jahat sebagai Dahlia menjadi perhatian di media sosial. Ini kerana, ramai yang tidak tahu dia seorang penyanyi.
Malah ‘Dahlia’ juga memiliki suara yang merdu sehingga dipuji seperti penyanyi popular, Misha Omar. Lebih mengejutkan bagi netizen juga rupa-rupanya dia adalah pemilik suara bagi lagu OST drama Melur Untuk Firdaus berjudul Duka Sebalik Tawa yang menjadi antara lagu kegemaran penonton drama tersebut. Terbaharu nampaknya sekali lagi, video dia menyanyi secara live pula tular.
Perkongsian tersebut membuatkan Puteri Khareeza menerima pujian netizen dengan suaranya apabila ramai akui tidak mengetahui dia adalah penyanyi yang memiliki suara merdu. Walau bagaimanapun, nampaknya satu lagi pendedahan mengenai pelakon drama Kerana Cinta Itu Ada ini mengejutkan orang ramai.
Rupa-rupanya dia juga pernah terlibat sebagai peserta Idola Kecil musim yang ke-3. Suaranya dalam rancangan tersebut membuatkan ada peminat yang masih ingat dengan dirinya.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang berpendapat suara Puteri Khareeza juga seperti penyanyi Datin Alyah dan masing-masing memberikan pujian terhadap bakat dirinya yang bukan sekadar boleh berlakon malah boleh menyanyi.
‘Ingat suara Datin Alyah…’
‘Baru tahu dia nya suara…’
‘Laa Dahlia ke penyanyi lagu ni…’
‘Laa kita pun baru tahu’