“Suara macam Misha Omar”- Penonton terkejut watak ‘Dahlia’ rupanya penyanyi lagu Melur Untuk Firdaus

Sponsored

Buat penonton drama Kerana Cinta Itu Ada, bukan hanya pelakon Nabila Razali sebagai Nabila Aulia dan Aedy Ashraf yang memegang watak sebagai Aisy Mateen sahaja yang mencuri tumpuan dalam drama tersebut.

Ini kerana watak sebagai Dahlia yang sering mengambil kesempatan dalam kebaikan Nabila Aulia dan Aisy Mateen sehingga mencetuskan konflik buat mereka mengundang watak Dahlia begitu mendapat perhatian. Walau bagaimanapun, yang membuatkan ramai terkejut kerana satu perkongsian membuatkan ramai baru tahu tentang bakat suara yang ada pada Dahlia.

Sponsored

Suara Dahlia jadi tumpuan ramai

Umum diketahui, pelakon Puteri Khareeza telah membawa watak sebagai Dahlia dalam Kerana Cinta Itu Ada. Penangan lakonannya itu membuatkan ramai geram dengan wataknya. Walau bagaimanapun, perkongsian satu rakaman video oleh pelakon, Siti Khadijah Halim membuatkan Puteri Khareeza menjadi bualan ramai.

Sponsored

Ini kerana rupanya selain pelakon, ramai yang baru mengetahui dia adalah pemilik suara lagu OST drama Melur Untuk Firdaus berjudul Duka Sebalik Tawa.

Hantaran pelakon Siti Khadijah Halim tersebut dalam pada masa sama membuatkan ruangan komen dihujani pelbagai reaksi selain suara Puteri Khareeza dipuji seperti penyanyi popular, Misha Omar.

Sponsored

‘Dia penyanyi asal lagu Duka Disebalik Tawa rupanya, patut cam pernah tengok’

‘Ingatkan Adira yang menyanyi lagu ni’

‘Dahlia punya voice macam Misha Omar’

Dahlia

‘Lahh dia ke nyanyi…’

Dahlia