“Diri saya, saya tahu tak kuat saya tak akan terima benda macam tu”- Ezzaty tolak bermadu

Sponsored

Tidak semua terutama wanita terbuka tentang poligami termasuklah pelakon, Ezzaty Abdullah yang menolak untuk bermadu. Isu terbabit sejak akhir-akhir ini begitu hangat mendapat perhatian di media sosial.

Pandangan Ezzaty Abdullah tentang poligami bagi dirinya bagaimanapun dihujani dengan komen setuju oleh warganet selepas satu rakaman video temubual pelakon ini dikongsikan buat tatapan umum. Ezzaty Abdullah yang juga merupakan isteri kepada pelakon, Azwan Kombos berkata dia menolak untuk bermadu.

Sponsored

Ezzaty Abdullah meminta maaf selepas berkata sedemikian namun dia akui kerana dia mengetahui dirinya tidak kuat dan dia tidak akan menerima benda macam itu selain rela diceraikan jika suaminya ingin berkahwin lain. Dia juga pernah berkata kepada suaminya jika ada suka kepada orang lain, tolong memberitahu dirinya.

Pelakon ini bersyukur kerana buat masa sekarang tidak menghadapi kes-kes menyondol. Dia juga terkedu apabila mengetahui terdapat kumpulan penyondol yang menyokong sesama sendiri dan memberi nasihat agar berbuat dengan cara yang betul.

Sponsored
@pama.my

Tak semua wanita kuat untuk bermadu. Nak menyondol tu pikir-pikir dulu. #fyp #fypシ #bermadu #bermadu #penyondollakiorang #penyondolrumahtanggaorang

♬ original sound – Pa&Ma – Pa&Ma

“Tak semua wanita kuat untuk bermadu. Nak menyondol tu pikir-pikir dulu.” Kongsi pama.my yang dalam pada itu, ramai bersetuju dengan pandangan Ezzaty Abdullah tentang poligami yang mana tidak semua boleh menerima.

“Bagus sis. Awak mengaku dan jujur yang awak tak boleh kongsi-kongsi suami. Saya setuju sangat”

Sponsored

“Yes saya sokong. Bukan semua orang boleh terima… masing-masing pendapat”

Ezzaty Abdullah

“Bukan mudah poligami, saya tak kuat dimadukan. Rela diceraikan…”

Ezzaty Abdullah

“Sama. Benda yang sama jugak aku cakap kat suami. Kesetiaan, kasih sayang, cinta…”

Ezzaty Abdullah
Sumberpama.my