Pelakon, Intan Najuwa merupakan salah seorang selebriti yang tidak hanya popular kerana rupa paras jelitanya malah dia juga dikenali dalam dunia hiburan tanah air disebabkan lakonannya memegang watak yang pelbagai berjaya mencuri tumpuan peminat drama sehingga dia acap kali memegang watak utama.
Walau bagaimanapun, Intan Najuwa juga dikagumi para gadis apabila dia bukan sekadar pelakon yang baik malah dia juga salah seorang wanita yang sangat rajin apabila dia menyambung pembelajaran dalam jurusan Undang-Undang di Kolej BAC Singapura sejak Disember tahun lalu.
Intan Najuwa pelajar jurusan Undang-Undang
Intan Najuwa, 22, juga pernah membuatkan peminat ternganga disebabkan dia memperoleh keputusan cemerlang dan tentu tidak mudah baginya membahagikan masa sebagai pelakon dan pelajar memandangkan subjek yang diambilnya tidak mudah.
Pelakon jelita ini bagaimanapun tidak lokek berkongsikan video yang memaparkan kesungguhannya dalam lakonan mahupun pembelajaran yang mana Intan Najuwa terbaharu memuat naik momen ketika dia membeli buku dan mengubah bilik belajar.
Video Intan Najuwa tarik perhatian ramai
Meskipun begitu nampaknya satu komen ditinggalkan ini menyebabkan Intan Najuwa juga memberikan responnya apabila dia berkata, dirinya hanya biasa-biasa sahaja dan katanya lagi yang penting pass. Tetapi semangat Intan Najuwa itu membuatkan peminat menghujani dengan komen-komen positif terhadapnya.
‘Tak pun. Saya biasa biasa je…’

‘Dia sangat positif…’

‘Suka betul tengok Intan ni…’
