Maryam bawa Rina Balik kampung Korea, “Lain macam vibes balik kampung dia”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pasangan Malaysia-Korea ini, Ryzal Ibrahim dan Maryam atau nama sebenarnya You Narae. Gelagat pasangan ini sering membuatkan peminat dan warganet terhibur apatah lagi perangai Maryam yang mengundang lucu buat ramai. Pasangan ini bagaimanapun semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Rina.

Maryam selamat melahirkan anak sulungnya itu pada 21 Oktober tahun lalu dan kini semakin membesar dengan sangat comel dan pandai. Malah juga lucu seperti ibu bapa mereka ini apabila gelagat Rina juga pernah tular kerana menghiburkan ramai.

Sponsored

Rina anak sulung Maryam dan Ryzal

Meskipun begitu, baru-baru ini Maryam memuat naik rakaman video membawa pulang Rina ke Korea dan menulis kapsyen, “Balik kampung finally,” yang mana turut disertakan klip video Maryam, Ryzal dan Rina bermain salji di Korea.

Sponsored

Gelagat keluarga personaliti media sosial ini membuatkan ramai tertarik dan teruja apabila Rina dapat pulang ke kampung, Korea namun dalam pada masa sama, warganet juga berseloroh dengan komen-komen lucu apabila kampung Rina adalah di Korea.

Rina balik kampung di Korea

Sponsored

Klip video dikongsikan Maryam itu bagaimanapun menarik tumpuan ribuan warganet dan peminat mereka selain turut tercuit hati melihat Rina bermain salji yang mana hantaran tersebut juga ditinggalkan ribuan tanda suka.

‘Huntung ko dik… kampung kat Korea’

Maryam

‘Untung betul Rina tu raya balik Korea’

‘Tungla ko dik, nanti cuti sekolah cikgu tanya kampung dekat mana, jawab Korea je cikgu’

Sumberuyounik