Khairul Aming Makan ‘Croissant’ Di Paris, Netizen Pula Berbalah Soal Halal Haram, “Member Dah Pernah Dok Oversea Kot…”

Sponsored

Baru-baru ini, personaliti media sosial dan usahawan Khairul Aming ada memuat naik video percutiannya ke London dan Paris. Difahamkan, Khairul Aming meluangkan masa bercuti bersama rakan baiknya dan sempat merakamkan beberapa momen untuk dikongsikan di media sosialnya.

Semasa kunjungannya ke Paris, personaliti media sosial itu telah berkunjung ke sebuah kedai pastri terkenal di sana dan mencuba beberapa hidangan popular. Antara menu popular di situ adalah hot chocolate yang dinikmati bersama croissant yang merupakan pastri wajib dicuba di Paris.

Sponsored

Walau bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen yang menegur soal isu halal tentang makanan di sana. Malah ada yang turut mempertikaikan sama ada makanan yang dinikmati oleh Khairul Aming ini adalah halal atau tidak.

Entah mengapa, video yang dimuat naik itu telah menyebabkan berlakunya pelbagai perbalahan di media sosial berkaitan soal halal dan haram makanan di luar negara ini. Tetapi kebanyakan netizen mempertahankan influencer itu di mana pastinya Khairul Aming sudah membuat kajian terlebih dahulu.

Sponsored

Tambah netizen, Khairul Aming juga pernah menetap di luar negara sebelum ini jadi sudah tentunya dia lebih tahu untuk mencari makanan halal di luar negara berdasarkan pengalamannya itu.

Malah ada juga yang memberitahu kebiasaannya pastri di sana tidak ada menggunakan alkohol atau unsur-unsur haram yang lain. Tetapi masih ada lagi yang tidak berpuas hati dan mendakwa personaliti media sosial itu memandang ringan tentang isu tersebut dan ia akan menjadi ikutan oleh pengikutnya yang lain.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter