Dituduh Buat Gimik Untuk Lagu Baru, Janna Nick Jelaskan – “Saya Minta Maaf Kalau Ada Peminat Kecewa…”

Sponsored

Figura yang dikenali dengan nama Janna Nick ini sering menjadi perhatian media dan warganet sejak akhir-akhir ini. Pelakon dan penyanyi ini dispekulasikan sudah putus cinta dengan kekasihnya, Dini Schatzmann.

Semua spekulasi ini timbul apabila beberapa muat naik menerusi Instagram Janna Nick yang memaparkan kata-kata hikmah dan kapsyen seakan sedang dalam keadaan sedih meratapi sesuatu.

Sponsored

Namun begitu, Janna Nick sendiri tidak pernah mengakui hubungan cintanya itu sudah berakhir. Lebih menjadi pertikaian lagi apabila Janna Nick tiba-tiba keluar dengan lagu baharu. Disebabkan itu ada pula tuduhan yang mengatakan Janna Nick hanya mencipta gimik untuk membuatkan lagunya itu didengari ramai.

Janna Nick jelaskan perkara sebenar

Sponsored

Bagaimanapun menerusi temubual bersama Melodi baru-baru ini, Janna Nick menjelaskan perkara sebenar. Berikut adalah rakaman temubual tersebut:

@melodiberapi

Penyanyi Janna Nick dikatakan putus cinta dengan buah hatinnya Dinie bukan gimik bagi mempromosikan single terbaru yang berjudul Mentari Senja.. tak pe la Janna.. jangan sedih lama2 okey.. min tak suka janna sedih lama2 🥹🥹 #meloditv3 #jannanick #fupシ #fupage #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #sensasi #kontroversi #panas #dini #moveon

♬ original sound – Melodi – Melodi

Dalam rakaman tersebut, Janna Nick menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya ramai. Berikut antaranya:

“Sebagai seorang yang melalui fasa breakdown, sedih, terluka, kecewa, itu adalah luahan hati saya. Kalau orang nak kata itu gimik maknanya orang tak validate perasaan saya. Saya berhak untuk sedih, kecewa”, Janna Nick.

Janna dan Dini masih berkawan

Sponsored

Selain dari itu juga, Janna Nick jelaskan dengan akui bukan perkara pelik bila orang ramai terserempak dia bersama Dini. Ini kerana mereka masih berkawan dan Dini masih lagi partner dalam syarikat.

Namun begitu menerusi video itu juga Janna Nick berkata dia tidak pernah mengiyakan atau menafikan segala spekulasi yang timbul.

“Orang yang cakap buat spekulasi sendiri, end up korang sendiri yang kecewa dan sedih..”, ujar Janna Nick lagi.