Uqasha kongsi keadaan suami,”Alhamdulillah penjenayah itu pun dah kena tangkap”

Sponsored

Menerusi Instagram, pelakon Uqasha Senrose berkongsikan keadaan suami, Kamal Adli selepas cedera disebabkan diserang oleh seorang individu yang tidak dikenali. Uqasha Senrose mendedahkan Kamal Adli telah diserang mengunakan cota beberapa kali.

Kejadian terjadi pada malam Ahad selepas mereka selesai menyertai sebuah acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo, Singapura. Uqasha Senrose juga berkata dia diserang berkali-kali pada bahagian bawah mata dan badan.

Sponsored

Menerusi media sosial pula, terdapat rakaman video yang memaparkan Kamal Adli yang dilihat cedera. Namun begitu, ujar Uqasha Senrose ia adalah sebelum Kamal Adli merasa sakit dan selepas setengah jam dia merasa lemah dan dipengsankan.

“Kuatnya suami saya dia boleh senyum dan tunjuk tak sakit”

Sponsored
Uqasha

“Ya Allah”

Uqasha

Uqasha Senrose juga berkongsikan keadaan Kamal Adli yang ketika itu cedera dan menyebabkan dia tersangat risau. Uqasha Senrose bagaimanapun dilihat hanya berkongsikan perkembangan terkini suaminya itu diruangan Instagram Story dan satu muat naik Uqasha Senrose yang dikongsikan oleh Roslan Shah juga mencuri tumpuan.

Sponsored

Dia yang sekali gus merasa sebak berkata bahawa dia dan Uqasha Senrose berada di Hospital Singapore dan dia dalam pada masa sama memohon doa ramai buat Kamal Adli yang mana dikatakan kepalanya kena jahitan.

“Cik Lan dan Uqasha Senrose berada di Hospital Singapore. Doakan untuk Kamal Adli ya. Kepalanya kena jahitan, sebak Cik Lan tadi.”

Menerusi muat naik tersebut turut dimaklumkan bahawa penjenayah terbabit sudah kena tangkap. “Alhamdulillah penjenayah itu pun dah kena tangkap.”