Kecoh DJ Radio Dapat Panggilan Dari ‘Wanita’ Mengilai, Netizen Tularkan Kembali Video Kereta Jatuh Gaung

Sponsored

Sejak dari semalam kecoh dengan rakaman seorang penyampai radio Era yang menerima panggilan dari ‘wanita misteri’ ketika sedang bertugas. Menerusi video yang tular itu dipaparkan penyampai radio yang dikenali sebagai Fazziq Muqris pada awalnya menerima panggilan dari seorang wanita berkongsikan kisahnya.

Namun apabila didengarkan dengan teliti, kisah ‘wanita’ ini yang memberitahu dia alami kemalangan jatuh gaung dan tidak terselamat membuatkan Fazziq pelik. Malah pemanggil tersebut sempat meminta tolong untuk memberikan handbag kepada ibunya yang tidak kesampaian itu.

Sponsored

Lebih misteri lagi apabila akhirnya ‘wanita’ berkenaan mengilai dan membuatkan mereka di konti radio terus memutuskan panggilan tersebut.

Disebabkan kecoh DJ radio dapat panggilan dari ‘wanita’ mengilai ini, seorang pengguna Twitter memuat naik kembali video yang pernah tular satu ketika dulu. Video tersebut dipaparkan sebuah kereta kemalangan dibawa naik keluar dari gaung.

Sponsored

Apa yang membuatkan ramai pelik apabila ada dakwaan ternampak satu bayangan seakan mencampak handbag keluar dari kereta kemalangan tersebut. Disebabkan itu ada yang mengaitkan kisah pemanggil radio itu dengan video yang pernah tular tersebut.

Meninjau di ruangan komen perkongsian video kecoh DJ radio dapat panggilan aneh ini, ada yang akui nampak seakan ada yang mencampak handbag keluar dari tingkap kenderaan tersebut. Nampaknya video ini kembali menjadi perhatian ramai. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut:

Sponsored

“Siap ada yang kata tu orang yang buag beg. Siak kau masih nak bersangka baik sampai kata tu orang?? Tangan tu begitu besar dan putih”

“Kan and nampak besar betul tagan yang buang beg tu”

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat video yang tular ini tiada kaitan dengan perkongsian oleh penyampai radio berkenaan. Ini kerana video tersebut diakui barang yang keluar dari kereta tersebut adalah lapik kaki kereta bukannya beg.

SumberTwitter