Tular Isu Anak Dah Berkahwin Dengan Ira Kazar, Ibu Syamsul Yusof Bagi Komen, “Restu Ibu Bapa Itu Penting…”

Sponsored

Semalam kecoh apabila muncul khabar angin yang mendakwa pengarah popular Syamsul Yusof telah pun berkahwin dengan Ira Kazar. Perkara itu mula menjadi bualan ramai selepas Puteri Sarah memuat naik beberapa hantaran menerusi Instagram Stories di akaunnya.

Malah Sarah juga turut menerima kiriman mesej yang mendakwa Syamsul telah pun berkahwin dengan wanita yang dimaksudkan itu. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respon yang diberikan pengarah berusia 38 tahun itu.

Sponsored

Namun ibu kepada Syamsul Yusof telah memuat naik beberapa hantaran di Instagram seolah-olah memberitahu dia tidak merestui hubungan baru yang dikatakan ini. Menerusi Instagram Stories itu, Datin Fatimah Ismail memuat naik gambar perkahwinan anaknya bersama Puteri Sarah.

“Restu ibu bapa itu penting, untuk doa yang berterusan.”

Sponsored

Menurutnya, restu dari kedua ibu bapa adalah penting untuk memastikan anak-anak mendapat doa yang berterusan dari kedua orang tua. Difahamkan, hantaran itu dimuat naik selepas khabar angin yang mendakwa Syamsul Yusof telah pun berkahwin dengan anak kepada pelakon veteran itu.

Bukan itu sahaja, ibu kepada pengarah filem ini juga turut berkongsikan gambar mereka sekeluarga semasa majlis perkahwinan anaknya bersama Puteri Sarah. Jelasnya, perkahwinan tersebut mendapat restu sepenuhnya dari dia dan suami.

Sponsored

“Perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuhnya. Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai Permaisuri hatinya. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.”

Perkongsian dari Datin Fatimah ini turut menerima sokongan dari netizen yang berasa terharu melihat hubungan baik di antara keluarga Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah ini. Sekadar info, pasangan selebriti ini disatukan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram