Video Pasukan Unit Pengesan Anjing (K9) Tertidur Kepenatan Buat Ramai Sayu, “Jasa Dia Terlalu Besar Untuk Negara…”

Sponsored

Selain anggota pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat, ada hero lain juga yang turut memainkan peranan penting dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali. Pasukan Unit Pengesan Anjing (K9) yang terdiri dari Blake dan rakan-rakan antara yang turut sama membantu.

Baru-baru ini, tular video di Tik Tok memaparkan pasukan Unit Pengesan Anjing (K9) yang kepenatan selepas melakukan operasi mencari mangsa. Di dalam video yang kini meraih hampir dua juga tontonan itu, kelihatan Blake dan beberapa anjing lain sedang berehat buat sementara waktu.

Sponsored

Selepas melakukan operasi selama dua hari berturut-turut, Blake antara yang ‘kecundang’ dan perlu direhatkan. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata anjing itu ‘kecundang’ selepas dua hari berturut-turut bertungkus lumus mencari mangsa.

“Selepas dua hari bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan, anjing pengesan itu kemungkinan perlukan rehat tetapi bukan cedera.”

Sponsored
@wiramerah24

Rehatlah Blake And The Geng.. Kejap Lagi Nak Sambung Operasi Semula #tanahruntuhbatangkali

♬ Conquest of Paradise – Vangelis

Perkongsian video yang tular ini turut membuatkan ramai yang berasa sayu dan sebak melihat keadaan Unit Pengesan Anjing (K9) ini. Malah semasa video ini dirakamkan, mereka kelihatan tidak bermaya dan dalam kepenatan serta hanya tertidur sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati melihat keadaan Blake bersama rakan-rakannya ini. Namun dalam masa yang sama, ramai yang turut berasa bangga dengan pengorbanan dan kerja keras Unit Pengesan Anjing (K9) ini yang telah banyak berjasa dalam operasi ini.

Sponsored

“Ya Allah kesiannya banyak berjasa Blake. Tidur tak sedar dah.”

“Adoii sampai telungkup muka penat. Nape aku sedih ni.”

“Kesian dia sampai tertidur letih sangat kot walaupun dia binatang tapi jasa dia terlalu besar untuk negara…”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.