“Done hempas my phone”- Rakaman Intan Ladyana & Harris Alif ‘sweet’ tarik perhatian peminat

Sponsored

Pelakon, Intan Ladyana sering menjadi sorotan ramai apabila dia merupakan salah seorang selebriti wanita yang tidak sekadar mempunyai rupa paras jelita malah seiring dengan bakatnya sebagai pelakon filem mahupun drama yang bukan calang-calang.

Meskipun dia kini tidak lagi terlalu aktif dalam dunia lakonan namun nama Intan Ladyana sentiasa menjadi sebutan buat peminat. Perkahwinan dia dengan pelakon dan pengacara Harris Alif pada Februari 2021 membuatkan begitu ramai peminat yang tumpang gembira. Apatah lagi pasangan sama cantik, sama padan ini semakin bahagia selepas dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada tahun lalu.

Sponsored

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram Intan Ladyana juga menjadi tumpuan buat peminatnya dan perkongsian satu rakaman pendek baru-baru ini membuatkan dia dan suami diusik ramai. Mana tidaknya, jarang sungguh dapat melihat Intan Ladyana berkongsikan gelagat sweet dia dan Harris Alif.

Menerusi rakaman ini, Intan Ladyana dan suami dilihat bersenam bersama dan sempat pula Harris Alif mencium isterinya itu dan gelagat sweet mereka membuatkan mereka ditinggalkan ribuan tanda suka.

Sponsored

Dalam pada itu, peminat diruangan komen sempat mengusik pasangan bahagia ini dengan berseloroh dan menghujani pelbagai reaksi lucu.

‘Untunglah work out dapat kiss kak, saya ni work out maki diri sendiri je kalau malas…’

Sponsored

‘I terpaksa unfollow akak even minat akak sebab akak lebih r!!!

Intan Ladyana

‘Work out pun romantis je, bersemut gitu screen hp kita. Mudah mudahan bahagia selalu’

Intan

‘The real kerana cinta itu ada versi ni. Nak cucuk ubt diabetes jap haha’

Intan Ladyana