“Letihlah macam ni heloknyaaa”- Bergaya dengan warna putih, senyuman Hael Husaini pula jadi bualan ramai

Sponsored

Hael Husaini merupakan antara penyanyi lelaki yang tidak perlu diperkenalkan lagi bakatnya kerana setiap anugerah yang diperoleh membuktikan dia bukanlah calang-calang artis. Pemenang gelaran juara AJL 32 dan 33 ini bagaimanapun sejak akhir-akhir ini begitu mendapat perhatian di media sosial.

Kalau namanya Hael Husaini tentu sentiasa memberikan yang terbaik buat kerjayanya. Hael Husaini umum diketahui selain penyanyi, dia adalah seorang model bagi jenama mewah terkenal dan nampaknya kelibat dia dalam satu fashion week membuatkan dia ternyata tidak henti-henti menjadi perbualan peminat dan netizen.

Sponsored

Turut berkongsikan perkembangan dirinya di Instagram, Hael Husaini membuatkan peminat dan pengikut yang berjumlah hampir 2 juta pengguna media sosial tersebut yang mengikutinya tidak keruan disebabkan beberapa muat naik dia yang penuh gaya sehingga pernah disangka selebriti dari Korea. Walau bagaimanapun, satu muatnaik Hael Husaini menyebabkan dia hangat diperkatakan lagi diruangan komen.

Ini kerana, Hael Husaini berkongsikan rakaman video yang mana dia memakai sut lengkap berwarna putih dan ternyata semakin kelihatan kacak menyebabkan peminat menghujani pelbagai komen memujinya diruangan komen dan dalam pada itu, dia yang sempat tersenyum dalam hantarannya kali ini membuatkan dirinya semakin menjadi perhatian.

Sponsored

Hael Husaini bagaimanapun menerima komen seloroh peminat yang tak keruan melihat senyuman dan gayanya mengenakan sut lengkap berwarna putih yang mana dalam pada masa sama dia menerima ribuan tanda suka.

‘Akhirnya nampak senyuman’

Sponsored

‘Shayanggg macam ni lagi…’

‘Look so fine…’

Hael Husaini

‘Woww handsome sangat…’

Hael Husaini