Drama bersiri Projek : High Council yang menerima sambutan hangat dari penonton di Malaysia baru sahaja tamat ditayangkan. Walaupun drama popular itu sudah berakhir, masih ramai yang belum ‘move on’ dari drama tersebut terutamanya dengan barisan pelakon yang membintanginya.
Namun baru-baru ini, drama tersebut telah menerima teguran dari pihak Public Health Malaysia (PHM) di atas adegan merokok yang dikatakan keterlaluan di dalam drama itu. Di dalam hantaran yang dimuat naik di Twitter, pihak PHM meluahkan rasa kesal dengan budaya merokok yang ditonjolkan.
Ada ‘tangan ghaib’?
Walaupun budaya merokok dalam kalangan pelajar adalah satu masalah yang memang sudah diketahui ramai, pihak PHM berpendapat ‘screen time’ adegan merokok di dalam drama tersebut adalah terlalu banyak dan keterlaluan.
“Adakah terdapat tangan ghaib yang meminta produksi memasukkan begitu banyak adegan merokok yang tidak perlu ini?”
Dalam masa yang sama, pihak PHM turut mempersoalkan sekiranya ada ‘tangan ghaib’ yang bertanggungjawab dalam memasukkan adegan merokok yang tidak perlu di dalam drama tersebut. Ia juga sedikit sebanyak akan mengukuhkan budaya normalisasi merokok dalam masyarakat sedia ada yang tegar.
“Pemerhati aktiviti syarikat tembakau melihat situasi ini sebagai strategi pemasaran syarikat rokok yang ingin mahu budaya merokok terus kekal releven di kalangan pelajar.”
Public Health Malaysia turut berharap orang ramai untuk tidak memperlekehkan saranan yang diberikan ini. Mereka turut menasihatkan produksi drama atau filem untuk berhenti mempromosikan budaya merokok dalam karya mereka dan mengambil duit dana dari syarikat rokok.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.