Cepat2 Anna Jobling bagitahu Meerqeen tengah ‘live’, reaksi PS Mansur buat netizen ‘curious’

Sponsored

Umum diketahui, keserasian pelakon utama drama Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen dan Anna Jobling mengundang mereka mendapat perhatian tidak hanya di Malaysia malah Indonesia. Berjaya menempa nama di negara tersebut, mereka nampaknya sehingga kini tidak terlepas daripada menjadi sorotan.

Sebelum ini, ramai yang percaya kedua-dua pelakon berkenaan bercinta apatah lagi beberapa kali dilihat mesra dalam video live di media sosial. Namun begitu, ternyata mereka mengundang rasa ingin tahu ramai sekali lagi dengan kemesraan mereka.

Sponsored

Walau bagaimanapun, kali ini peminat dari Indonesia yang memuat naik keratan video live mereka yang sempat dirakam semula apabila terdapat momen dimana Anna Jobling sedang disiapkan untuk berlakon namun tiba-tiba ditegur oleh Meerqeen.

Ternyata teguran Meerqeen itu terus terhenti selepas Anna Jobling berkata kepadanya dia sedang live namun lebih membuatkan rasa ingin tahu peminat tentang mereka apabila PS Mansur dibelakang pula cuba menahan ketawa dengan gelagat mereka yang disyak hampir kantoi.

Sponsored

“Girlfriend Meerqeen,” tulis pendek oleh pemilik akaun tersebut yang dalam pada itu menerusi ruangan komen, ramai yang meninggalkan reaksi ingin tahu tentang apa sebenarnya cuba dikatakan oleh Meerqeen pada awalnya sehingga PS Mansur pula cuba menahan ketawa.

‘Dahla penat senyum hahahaha…’

Sponsored

‘Tak dengar apa tu, curious pulak tahu… PS Mansur siap senyum senyum’

‘Tolong bagi tahu apa yang Meme cakap…’

‘Aku dengar hi baby comel, hahaha tahla banyak kali ulang…’

Sumbermeernaam