Pelakon, Shukri Yahaya bukanlah calang-calang nama dalam dunia hiburan tanah air. Kejayaan artis berusia 34 tahun ini berjaya membuatkan dia menjadi antara pelakon kegemaran ramai dalam drama.
Boleh dikatakan puluhan drama yang dibintangi oleh Shukri Yahaya juga cukup meninggalkan kesan terhadap penonton terutama yang terbaharu, drama berjudul 7 Hari Mencintaiku sehingga ia telah memasuki musim yang ke-3 dengan tetap mendapat sambutan hebat penonton.
Shukri Yahaya juga disenangi ramai peminat kerana bukan sahaja paras rupa kacaknya yang seiring dengan bakat lakonan yang ada pada dirinya malah disebabkan dia yang jarang terpalit kontroversi sekali gus mengundang kemarahan peminat. Namun begitu, baru-baru ini Shukri Yahaya tiba-tiba muncul di rancangan Melodi.
Disangka terpalit kontroversi namun Shukri Yahaya yang ‘bersih’ daripada gosip menjawab beberapa pertanyaan daripada pihak Melodi yang juga sempat memberikan respon tentang naikkan diri dengan kontroversi. Baginya naik dengan cara tersebut hanya sekejap sahaja dan dalam pada itu, dia juga berharap dirinya akan terus diingat dengan lakonan dan sikap yang bagus.
Terap kurangkan kontroversi
Shukri Yahaya juga berharap dia dijauhkan daripada sebarang kontroversi dan berharap peminat lebih meminati bakat dan personaliti dirinya dan jika lebih daripada itu, dirinya mohon untuk dielakkan kerana mengakui dia suami orang dan mempunyai dua cahaya mata.
‘Saya suka tengok dia berlakon…’
‘Kita minat character…’
‘Shukri ni tak pernah…’