Video2 Puteri Sarah & anak-anak jadi tumpuan ramai, “Aku sebak tengok wajah comel ni”

Sponsored

Pelakon dan model terkenal, Puteri Sarah Liyana menjadi tumpuan di media sosial selepas beberapa rakaman video menarik perhatian warganet selepas dikongsikan buat tatapan umum. Puteri Sarah Liyana difahamkan terlibat dalam penggambaran sebuah jenama baju raya yang membuatkan ramai turut memberikan pujian terhadap kecantikannya.

Puteri Sarah bagaimanapun boleh dikatakan sejak akhir-akhir ini begitu mendapat perhatian tidak kira peminat malah rakan selebriti juga tidak henti-henti memberikan sokongan buatnya selepas kemelut rumah tangganya dengan Syamsul Yusof menjadi perbualan ramai.

Sponsored
@caryazaraofficial

Kak NIK tak boleh move on lagi dengan si cilik nihhh! Buat laa guano punn..Comel do’ohhh laa awak nihh!! 😍 …Nak tgok dia sweet2 dgn abg dia pulaa tak uolls ?! Siapa nakk?! 🙋‍♀️ MMahaCaryaRaya2023C#CaryaZaraRaya2023#C#caryazaraofficial #caryazaralovers

♬ bunyi asal – caryazara – caryazara

Biarpun begitu, nampaknya pada kali ini Puteri Sarah tidak sendiri kerana terlibatnya dia dalam penggambaran koleksi baru raya terbaharu itu anak-anak juga terlibat. Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014. Menerusi perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Syaikul berusia 6 tahun dan Sumayyah yang kini berusia 5 tahun.

Rakaman video pendek yang dikongsikan ini juga membuatkan anak-anak Puteri Sarah menjadi bualan ramai apabila kecomelan Syaikul dan Sumayyah dihujani dengan komen pujian sehinggakan rakaman ini ditinggalkan ribuan tanda suka.

Sponsored
@caryazaraofficial

Abang Adik ♥️ Tengok mereka tak dapat tahan sebak 🥹 Sungguh cantik dan comel sangat sayang dua-dua si cilik ni 🥹 @caryamen #MahaCaryaRaya2023 #CaryaZaraRaya2023 #CaryaZaraLovers

♬ bunyi asal – caryazara – caryazara

Menerusi ruangan komen pula, keluarga selebriti tersebut ditinggalkan ratusan reaksi disamping memberikan pesan buat Syaikul dan Sumayyah agar menjaga ibunya itu.

‘Semoga Puteri Sarah terus kuat…’

Sponsored

‘Comel sangat lah budak berdua ni’

‘Nanti abang dah besar jaga ibu…’

Puteri Sarah

‘Abang dan adik please jaga…’

Puteri Sarah