Dua Show Satu Malam, Amir Masdi Dipuji Gigih Berlari Pergi Lokasi Persembahan, “Suara Maintain Sedap…”

Sponsored

Tular di media sosial video yang dikongsikan oleh penyanyi berbakat besar, Amir Masdi semasa persembahannya pada sambutan ambang tahun baru. Biasanya ada pelbagai persembahan menarik yang diadakan semasa sambutan menyambut tahun baru.

Penyanyi muda ini juga tidak terlepas dari menerima jemputan melakukan persembahan namun difahamkan Amir Masdi dijemput untuk membuat dua persembahan pada malam yang sama. Baru-baru ini pula, Amir Masdi berkongsikan suasana sebenar yang berlaku semasa dia bergegas ke lokasi persembahan.

Sponsored

Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok, penyanyi itu dilihat gigih berlari untuk bergerak ke lokasi persembahan yang seterusnya. Oleh kerana keadaan jalan raya yang sesak dengan kenderaan, penyanyi itu terpaksa turun dari kereta dan berjalan kaki untuk menuju ke lokasi seterusnya.

“Walaupun lokasi show hanya bersebelahan, tapi kita kena berlari daripada Hotel Palm Garden Putrajaya ke IOI City Mall. Jalan memang sangat sesak.”

Sponsored
@amir.masdi

Yep. Thats me. Thats how i ended my 2022 with 2 shows on the same night 🎉

♬ original sound – Amir Masdi – Amir Masdi

Dalam masa yang sama, Amir Masdi dilihat gigih berlari sambil melihat jam di tangannya untuk memastikan dia tidak terlambat. Nasibnya baik apabila dia berjaya juga sampai ke lokasi tepat pada masanya dan sempat membuat persembahan.

Kebanyakan netizen turut memuji kualiti nyanyian penyanyi itu yang langsung tidak kedengaran semput walaupun telah berlari jauh sebelum persembahan itu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama memberikan pujian di atas dedikasi yang ditunjukkan oleh penyanyi muda ini.

Sponsored

“Sebab amir dah penat lari lari tapi suara masih maintan sedap, saya follow account!”

“Stamina power weh. Dah semput-semput tu pun suara maintain, note tepat.”

“Patut lah host ada inform masa ni amir berlari datang daripada show lain. Ingatkan host gurau-gurau.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok