Meerqeen tersenarai 100 Lelaki Terkacak Dunia, berada di tangga ke-55!

Sponsored

Pelakon baharu yang memiliki barisan peminat sentiasa menyokong kariernya, Meerqeen antara yang sememangnya mempunyai aura tarikannya tersendiri. Lakonannya dalam beberapa buah drama pada tahun lalu membuatkan namanya meletup bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran juga.

Terbaharu nama Meerqeen tersenarai 100 Lelaki Terkacak Dunia dari media antarabangsa TC Candler. Dalam perkongsian menerusi satu saluran Youtube, difahamkan Meerqeen berada di kedudukan ke-55 dalam senarai 100 Lelaki Terkacak Dunia itu.

Sponsored

Sebelum ini Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menjadi wakil tunggal dari Malaysia dalam pencalon senarai oleh media antarabangsa tersebut. Hasilnya Meerqeen tersenarai 100 Lelaki Terkacak Dunia menerusinya.

Berikut adalah senarai penuh The 100 Most Handsome Faces 2022 yang dimuat naik menerusi saluran Youtube tersebut:

Sponsored

Turut dalam senarai sama adalah BTS Jin ditangga ke-57, Zac Efron di tangga ke-100, Shahid Kapoor di tempat ke-96, David Beckham di kedudukan ke-87 dan ramai lagi.

Sekadar info, setiap tahun TC Candler menyenaraikan calon-calon yang telah dihantar pencalonnya dan menghasilkan senarai figura kacak dan jelita dari serata dunia tanpa mengira asal masing-masing.

Sponsored

Penilaian dibuat berdasarkan populariti calon dan proses awal dibuat dilakukan di media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram. Senarai 100 Lelaki Paling Kacak ini telah mula dibuat sejak tahun 1990 oleh TC Candler dan The Independent Critics.