Kecantikan Marissa Dania dipuji netizen, “Cantik macam mama Abby”

Sponsored

Anak perempuan kedua kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang diberi nama Marissa Dania menarik perhatian lagi dimana dia dipuji netizen. Terdahulu, anak selebriti ini pernah mendapat perhatian orang ramai di media sosial sehingga viral.

Mana tidaknya, kecantikannya membuatkan orang ramai memberikan pujian kepada anak selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim itu. Kini semakin dewasa dan cantik, Marissa Dania terbaharu berkongsikan beberapa keping fotonya membuatkan dia menerima pelbagai pujian diruangan komen.

Sponsored

Menerusi akaun Instagram peribadinya itu, Marissa Dania diikuti hampir 500,000 pengikut. Melalui beberapa perkongsian anak selebriti ini, foto terbaharu Marissa Dania memakai serba putih dan kelihatan cantik dengan solekan ringkas ini membuatkan orang ramai meninggalkan komen memuji kecantikan Marissa ini.

Dalam pada itu, tiga keping foto dimuat naik ini mendapat ribuan tanda suka daripada netizen dan pengikut Marissa Dania yang ada antaranya tertarik dengan kecantikan anak Abby Abadi ini.

Sponsored

“Cantik macam mama Abby”

“Cantiknyaaaa”

Sponsored

Rakan selebriti Azza Elite juga berkata anak kedua Abby Abadi ini dalam foto yang dikongsikan itu kelihatan seperti Abby Abadi ketika muda. Malah ada juga yang berkata dia sememangnya cantik seperti Abby Abadi.

“Lawa sangat adik, macam mama masa muda”

Terdahulu Abby Abadi pernah berkahwin dengan Norman Hakim dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata namun bercerai. Pun begitu, hubungan keluarga Abby Abadi dan keluarga Norman Hakim masih baik sehingga menjadi contoh ramai.