Setelah enam tahun bersiaran, segmen 30 hari 30 resipi dari Khairul Aming sentiasa dinanti-nantikan peminatnya. Bukan calang-calang, Khairul Aming adalah influencer sebenar kini apabila berjaya mempengaruhi ramai orang untuk mencuba resipi yang dikongsikannya.
Bagi peminat Khairul Aming, resipi mudah, ringkas dan nampak mengiurkan menjadi antara sebab mengapa saban hari video pemuda ini dinanti-nantikan pada bulan puasa. Apatah lagi apabila video baru akan dimuat naik pada setiap hari di bulan puasa menjelang tengahari. Memang boleh buat terliur!
Uniknya, Khairul Aming cipta fenomena dengan berkongsikan resipi masakan dan minuman yang nampak cukup menyelerakan. Malah ia menjadi satu ikutan ramai apabila ada yang mendakwa bahan resipi dari Khairul Aming banyak yang habis di kedai-kedai.
Namun begitu, satu perkongsian di Twitter dengan makluman sebuah pasaraya tersedia satu ruang khas yang menjual bahan untuk membuat resipi air Khairul Aming ini telah menjadi perhatian ramai.
Memang menjadi satu fenomena luar biasa sungguh! Menariknya pasaraya ini bijak mempromosikan bahan jualan dan yang penting ikut trend semasa!
Bukan itu sahaja, resipi dari influencer ini turut tersebar hingga ke negara seberang. Betul-betul penangan Khairul Aming cipta fenomena! Satu video seorang pengguna TikTok berasal dari Indonesia yang mencuba resipi Khairul Aming ini telah mencuri perhatian ramai.
Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:
Korang pula macam mana, pernah cuba resipi dari Khairul Aming puasa tahun ini?