“Macam tak logik,”- Rupanya ramai peminat kecewa Tomok dapat tempat ke-4

Sponsored

Rancangan Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) boleh dikatakan pada tahun ini sangat sengit apabila peserta-peserta yang dapat ke pusingan akhir juga bukan calang-calang bakat mereka seperti Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok, Bob Yusof, kumpulan V.E dan Hazrul Nizam.

Meskipun begitu, seperti yang diumumkan pada Ahad lalu juara dimenangi oleh Jaclyn Victor diikuti Bob Yusof dan Shila Amzah sebagai naib juara dan tempat ketiga. Manakala tempat keempat dimenangi oleh Tomok, kumpulan V.E tempat kelima dan Hazrul Nizam diumumkan sebagai tempat keenam.

Sponsored

Tomok menang tempat ke-4

Tomok bagaimanapun baru-baru ini juga meluahkan perasaan terima kasihnya terhadap beberapa individu yang bersama dia ketika terlibat dalam GV9 selama 11 minggu. Memuat naik foto bersama, Tomok tersenyum gembira bersama trofi dan wang tunai bagi tempat ke-4, RM 20,000.

Sponsored

Meskipun begitu, menjengah ke ruangan komen ada peminat rupanya turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana Tomok berada di kedudukan tersebut apabila ramai yakin dia layak berada di kedudukan tiga teratas memandangkan dia antara peserta yang sentiasa memberikan yang terbaik di GV9.

Menang di hati peminat

Sponsored

Walau bagaimanapun, peminat tetap memberikan sokongan dan semangat buatnya diruangan komen disamping mendoakan yang terbaik buat penyanyi terkenal itu.

‘Tomok sangat kreatif…’

Tomok

‘Memang selama ni duk fikir Tomok at least nombor 2…’

Tomok

‘Tak puas hati tau Tomok nombor 4’

Sumber: Instagram Tomok