Elizabeth Tan Mohon Maaf Isu Terlanggar PMX Di Majlis, “Excited Sangat Dapat Jumpa…”

Sponsored

Semalam tular di media sosial video Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh ‘memeluk’ penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan di satu majlis. Susulan klip video yang tersebar luas itu, ada yang menuduh tokoh negara itu seorang yang ‘gatal’ dan berkelakuan tidak sopan.

Namun Lizzy menafikan dakwaan tersebut dan memuat naik permohonan maaf kepada PMX susulan video yang tular di media sosial itu. Menurutnya, oleh kerana dia terlalu teruja, Lizzy telah secara tidak sengaja melanggar PMX yang berada di belakangnya yang ketika itu sedang bersalaman dengan orang ramai.

Sponsored

“Excited sangat dapat jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai I terlanggar dia omg I’m so sorryyy.”

Berdasarkan video yang dikongsikan Lizzy ini, penyanyi itu dilihat mengundurkan diri ke belakang sehingga terlanggar dengan Perdana Menteri itu. Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang dikongsikan oleh netizen malah ada juga yang meminta Lizzy untuk memadamkan video tersebut.

Sponsored

Ini kerana ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memfitnah PMX dengan klip video yang tular di media sosial ini. Namun ada juga yang menyokong perkongsian dari Lizzy ini yang bertindak menjernihkan keadaan dan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku kepadanya sebagai empunya badan.

Malah ramai yang berpendapat sangat tidak masuk akal untuk Anwar Ibrahim melakukan perkara seperti itu terutamanya semasa berada di khalayak ramai. Susulan isu yang berlaku ini, nama Perdana Menteri itu turut menjadi kata kunci ‘trending’ di Twitter sejak semalam.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram