“Nangis tiroh tengok”- Jadi model produk Mawar Rashid, netizen ralit tengok wajah cantik Shuhada

Sponsored

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi yang dikenali sebagai Nurul Shuhada Mat Shukri semakin hari semakin mendapat perhatian di media sosial. Kebangkitan wanita ini dengan tampil menjadi model beberapa produk mengundang orang ramai kagum.

Malah sehingga kini tidak henti-henti, Nurul Shuhada mendapat tawaran menjadi model tidak kira daripada pakaian dan produk kecantikan. Terbaharu, Nurul Shuhada dilihat mengenakan pula solekan daripada produk selebriti iaitu pemiliknya adalah Mawar Rashid.

Sponsored

Lagi Shuhada jadi tumpuan

Menerusi rakaman video tersebut, turut ditunjukkan wajah Shuhada tanpa solekan dan selepas solekan namun kedua-duanya cukup membuatkan warganet terpukau dan dipuji tanpa solekan juga sudah menampakkan kecantikannya.

Sponsored

Apatah lagi jika selepas disolekkan, Nurul Shuhada bagaimanapun menjadi perbualan ramai diruangan komen apabila rata-ratanya menghujani reaksi memuji wajah cantik wanita ini dimana rakaman video pendek ini juga meraih ribuan tanda suka.

@mawarosehq

Cantik dengan cara kita tersendiri, kecantikkan tu buat kita lebih berasa yakin lagi. Syu mengenakan SETIA RAYA COLLECTION dari CINTA SET. LENS LEYA GREY . Cantik kan syu 😍🥰

♬ cupid twin version – ⟡ TRACYTRACKS ⟡

Sehinggakan ada yang asyik melihat wajah cantik Shuhada itu sehingga tidak perasan berapa kali ulang tayang menonton videonya. Ada juga yang berkata tidak tahu apa kurangnya wanita ini kerana dilihat sangat cantik.

Sponsored

Aku tak tahu apa kurangnya kak Shu ni, cantik sangat

Parut tu pedihhh, kesan dalam tu be strong

Dia ni cantik tau sebenarnya. Cara dia bercakap pun so polite & clear. Best of luck to her

Ralit plop aku tengok, xtahu berapo kali ulang. Sempurna sangat