Farid Kamil Sebak Tidak Dapat Jumpa Aurora, “Apa Salah Saya?”

Sponsored

Kemelut dalam rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle nampaknya belum ada tanda-tanda untuk reda. Beberapa minggu lalu, Diana Danielle telah memfailkan penceraian terhadap Farid Kamil di Mahkamah Syariah.

Namun Farid Kamil tidak bersetuju dan enggan melafazkan talak. Situasi kes rumah tangga pasangan selebriti ini membuatkan ramai tertanya-tanya kerana kedua-duanya tidak mengeluarkan kenyataan di sosial media.

Sponsored

Bagaimanapun terbaharu dalam satu temubual di Melodi, Farid Kamil memberitahu akhirnya dia mendapat surat peguam untuk ke rumah kelamin bagi mengambil barang peribadi dan bertemu anak-anaknya.

Namun begitu, Farid Kamil sebak kerana tidak dapat berjumpa dengan anak perempuanya, Aurora. Cerita pengarah dan pelakon ini, dalam surat yang diterima dari peguam pihak sana, alasan tak dapat berjumpa dengan anak keduanya adalah kerana Aurora trauma insiden petik cili di rumah jiran.

Sponsored

Farid turut menjelaskan apa yang terjadi dalam rakaman tersebut dan mendakwa dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa menegur kesalahan anaknya.

@melodiberapi

Akhirnya pelakon Farid Kamil dapat berjumpa dengan anaknya iaitu Muhammad.. Nak tahu cerita selanjutnya jangan Lupa saksikan laporan penuh sebentar sahaja lagi.. 🔥🔥 #meloditv3 #faridkamil #ceritaartismalaysia #dianadanielle #fypシ゚viral #panas #sensasi #tv3 #fypシ゚viral🖤tiktok

♬ original sound – Melodi – Melodi

Selain dari insiden petik cili itu, Farid Kamil turut sebak tak dapat jumpa Aurora dan tertanya-tanya sebab dia tidak dibenarkan berbuat demikian.

Sponsored

“Apa salah saya? Saya curang dengan perempuan lain ke? Tolonglah jangan drag kes macam ni di mahkamah. Kita bukan orang senang…”

“Kepada Diana Danielle, saya memohon maaf atas segala kesalahan yang saya buat. Percayalah cakap saya everything will be okay. Kepada netizen di luar sana, mohon doa semua untuk keluarga kami dan janganlah buat cerita dan tokok tambah apa yang jadi.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi dengan memberikan semangat kepada Farid Kamil untuk berhadapan dengan ujian tersebut.

SumberMelodi