Elvina Mohamad Berang Berhadapan Situasi Individu Berdiri Cop Parking, “Ikutkan Hati Nak Maki!”

Sponsored

Isu individu berdiri cop parking ini bukanlah baru jadi perhatian di negara kita. Malah ia pernah diketengahkan dan banyak juga video yang tular dengan memaparkan orang berkelakuan sebegini.

Malah terbaharu seorang pelakon dikenali dengan nama Elvina Mohamad turut alami situasi tersebut baru-baru ini. Dalam rakaman yang dimuat naik oleh pelakon jelita ini, dipaparkan individu berdiri di depan tempat letak kereta.

Sponsored

Tidak lama kemudian datang sebuah kereta memasuki ruang letak kenderaan berkenaan. Kedengaran suara Elvina Mohamad menegur perbuatan individu berkenaan yang sangat tidak patut.

Berikut adalah rakaman Elvina Mohamad berang berhadapan situasi individu berdiri cop parking ini yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya:

Sponsored
@elvinamohamad

Tak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak COP2 PARKING! Kita ni punya laa 3 4 kali round cari and tunggu parking. Lepas tu senang2 dia je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia. Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dr parking. Ikut kan hati je nak maki! Haihhh geramm rasa!

♬ original sound – Elvina Mohamad – Elvina Mohamad

Melihatkan rakaman yang dikongsikan ini memnag boleh buat rasa geram juga. Malah di ruangan kapsyen, Elvina menulis menerangkan situasi sebenar yang berlaku dalam rakaman tersebut.

Menurutnya dia tak sangka masih ada yang cop parking. Dia sendiri sudah tiga hingga empat kali pusing cari dan tunggu parking.

Sponsored

“Tak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak COP2 PARKING! Kita ni punya laa 3 4 kali round cari and tunggu parking.”

Tambahnya lagi individu itu berdiri di situ dan mengatakan cop parking untuk kawan dan akui sudah berdiri lama di situ. Namun ia disangkal Elvina dan mengakui dia dari awal sudah tunggu kereta keluar dari kawasan tersebut.

“Lepas tu senang2 dia je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia. Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dr parking. Ikut kan hati je nak maki! Haihhh geramm rasa!” Luah Elvina Mohamad berang dengan situasi tersebut.