Emma Maembong Diam-Diam Mengerjakan Umrah, Ramai Puji Tak Perlu Heboh

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini beberapa selebrti terkenal dilihat mengerjakan umrah dengan paparan foto dan video ketika mereka berada di Tanah Suci, Mekah. Antaranya, Puteri Sarah Liyana, Chacha Maembong, Zul Ariffin dan ramai lagi.

Bagaimanapun, seorang lagi pelakon yang kini turut berada di Mekah namun tidak mewar-warkan perkara tersebut di media sosial telah mencuri perhatian ramai. Pelakon tersebut adalah Emma Maembong diam-diam buat Umrah dan sudah berada di Tanah Suci.

Sponsored

Ada Yang Terserempak Dengan Emma Di Mekah

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun zairachematt, dipaparkan pelakon tersebut yang sedang mendukung anaknya di Madinah.

Ramai Puji Kerjakan Umrah Dalam Diam

Perkongsian video ini telah mencuri perhatian ramai. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Emma Maembong diam-diam mengerjakan umrah ini. Berikut antaranya:

Sponsored

“Dia dah pergi senyap2..Tapi orang pulak tolong hebohkan. Mujurlah benda baik”

“Senyap2 je g umrah rupanya. Allahuakbar semoga mendapat umrah yang mabrur”

Sponsored

“Bagus cara Emma..Tak perlu heboh pun..Tau2 da sampai sana. Alhamdulillah moga kita semua pun dapat jejak ke sana..”

“Owh patut la dalam live 2 hari lepas cakap tak live 2 minggu..Senyap2 je dia g umrah..Humble betul..Semoga mendapat umrah yang mabrur”

Muat Naik Video Bersama Keluarga Di Sana

Bagaimanapun, di Instagram Emma Maembong telah memuat naik rakaman ketika dia berada di Tanah Suci bersama suami dan anaknya.