Intan Najuwa Terima Teguran Mengenai Penampilannya, Akui Sentiasa Berusaha Perbaiki Diri

Sponsored

Pelakon kecil molek dikenali dengan nama Intan Najuwa baru-baru ini telah menjadi bualan ramai. Baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah, penampilan Intan Najuwa ditegur dan dikatakan ‘seksi’ oleh segelintir pengguna media sosial.

Pemakaian ditegur netizen

Difahamkan foto Intan Najuwa atau nama penuhnya Intan Najuwa Abd. Wahid itu adalah ketika pelakon terkenal ini bercuti di Dubai. Apa yang membuatkan foto ini menjadi perhatian ramai adalah pakaian yang dipakai Intan menampakkan sedikit bahagian tepi perutnya.

Sponsored

Malah foto yang dikongsikan itu lebih menjadi pertikaian ramai disebabkan ada yang menganggap ianya keterlaluan kerana Intan Najuwa baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah.

Jangan hakimi orang lain tanpa ketahui…

Disebabkan itu Intan Najuwa memuat naik satu luahan di Insta Stories baru-baru ini. Dalam muat naik itu, Intan berkongsikan satu petikan yang diambil dari sumber lain mengenai pandangan tentang perangai orang yang suka menghakimi orang lain biarpun tidak kenal diri sebenar seseorang itu.

Sponsored

“Korang hakimi seseorang untuk menjadi alim tetapi tidak tahu kehidupan sebenar (peribadi) mereka. Jangan anggap mereka dijanjikan jannah disebabkan penampilan yang dilihat di mata. Penampilan luaran seseorang tidak semestinya melambangkan mereka dekat atau rapat dengan Allah”

Berikut adalah muat naik Intan Najuwa terima teguran dan perkongsian ini hanyalah petikan yang diambil dari sumber lain dan dikongsikan menerusi akaun Instagram milik pelakon berusia 27 tahun ini:

Sponsored

Malah dalam satu muat naik berbeza, Intan Najuwa menjelaskan perkongsiannya mengenai petikan itu bukan kenyataan dari dirinya. Menurut Intan Najuwa terima teguran ramai dan akui sedang perbaiki diri.