Pelakon Azhan Rani baru-baru ini menjadi bualan ramai susulan sebuah video yang tular di platform Tik Tok. Di dalam video yang dikongsikan itu, pemilik video memuat naik komen yang ditinggalkan oleh peminat pelakon itu beserta komen balas dari Azhan Rani sendiri.
Peminat tersebut memberitahu dia meminati pelakon itu malah arwah ibunya juga turut sama suka dengan lakonan dari pelakon berbakat ini. Namun komen balas yang diberikan oleh Azhan Rani kemudiannya telah mencuri tumpuan ramai.
“Allahuakbar. Malu saya. Sampaikan salam saya pada mak. Semoga sihat walafiat.”
Komen yang ditinggalkan oleh Azhan Rani ini kemudian menjadi viral di platform berkenaan sehingga lah ia sampai ke pengetahuan pelakon itu. Ini kerana ada yang menyangka pelakon itu cuba membuat lawak atau mempersendakan mereka yang telah tiada.
Tampil mohon maaf
“Allahuakbar. Maaf saya terlepas pandang baca. Maafkan saya. Al Fatihah untuk arwah bonda awak. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.”
Menurut Azhan Rani, dia sebenarnya terlepas pandang pada komen yang ditinggalkan peminatnya ini dan meminta maaf di atas kesilapannya itu. Dalam masa yang sama, dia turut mendoakan arwah ibu kepada peminatnya itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memahami perasaan pelakon itu yang mungkin teruja untuk membalas komen dari peminatnya sehingga terlepas pandang. Netizen turut memberi pujian kepada Azhan Rani yang cukup merendah diri dan meminta maaf di atas kesalahannya itu.
“Aku rasa dia bukan buat lawak tu, dia macam tak fokus pada ‘arwah’ tu.”
“Rasanya ni kes excited baca ada orang minat gila sangat ni, tu sampai baca pun tak perasan ayat arwah.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.