Selebriti, Siti Nordiana atau Nana merupakan antara penyanyi yang sentiasa menjadi tumpuan. Sikap penyanyi bersuara merdu ini juga antara salah satu sebab dia disenangi peminat. Walau bagaimanapun, terbaharu dia dan anak lelakinya pula mencuri perhatian ramai.
Ini kerana, Nana memuat naik satu rakaman video sepanjang dia bercuti yang sentiasa pegang tangan anaknya. Video yang ditulis judul, “Pegang tangan suami (x), pegang tangan anak (✓),” mengundang ramai begitu tertarik melihat kebahagiaan dua beranak tersebut.
Umum diketahui, Nana merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai anak lelaki yang kini semakin membesar, Muhammad Rayyan Nakhaie. Gelagat dia dan anaknya itu sering mencuri tumpuan peminat namun dalam rakaman ini sikap Nana membuatkan ramai meninggalkan pujian terhadapnya.
“Ayuh anak ku kita bahagia cara kita. Bersyukur segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.” Tulis Nana diruangan kapsyen disamping rakaman video dikongsikan itu membuatkan ramai memberikan pujian terhadap dirinya yang dilihat bahagia dan berjaya meskipun bergelar ibu tunggal.
“Nana dah buktikan, dia mampu hidup bahagia dan berjaya tanpa sibuk cari jodoh. She’ so setia”
“Artis paling cool, takde isu pelik-pelik… Sopan, lembu berbicara”
“Respect. Dia tak kalut cari lelaki, semoga bahagia Nana”
“Tetap maintain dengan anak, best anak dah besar”
“Love sangat-sangat, begitula saya dengan anak. Moga kita sama-sama kuat as a single mum”