Penjelasan Khairul Aming Isu Masakan Berminyak Dipuji, “Yang Penting Kawal Kuantiti Makanan”

Sponsored

Baru-baru ini seorang pempengaruh media sosial dikenali dengan nama Khairul Aming telah menjadi bualan ramai. Cukup terkenal dengan video masakan ringkas, Khairul Aming juga mencipta satu fenomena apabila resipinya turut dicuba oleh gadis di negara seberang.

Bagaimanapun, nama Khairul Aming menjadi perhatian selepas ditegur oleh seorang doktor pakar mengenai resipi masakan dikongsikannya menggunakan minyak yang agak banyak.

Sponsored

Khairul Aming jelaskan kenapa guna minyak banyak

Teguran doktor pakar mengenai resipi masakan Khairul Aming ini akhirnya mendapat perhatian empunya badan sendiri. Menyedarinya, Khairul Aming tampil dengan penerangan yang cukup memuatkan ramai memuji gaya pempengaruh ini tangani isu masakan berminyak berkenaan.

Berikut antara penjelasan Khairul Aming mengenai isu masakan berminyak yang dikongsikan menerusi akaun Instagaram miliknya baru-baru ini:

Sponsored

Setuju kesihatan adalah nombor satu

“Saya terima banyak feedback dengan hati terbuka. Saya setuju kesihatan nombor satu. Saya akan kongsikan perspektif seorang Malaysia yang obes. BMI sangatlah tinggi. Pernah ada hate relationship dengan local food. Perjalanan kurus berjaya tapi kemudiannya berat pun naik semula.”

“Journey kali ni, still enjoy makan local food. Rugi tak makan makanan kita yang sedap ni. Perspektif food content creator pula, untuk masakan yang sedap kena ikut kuatiti cara masakan melayu kita.”

Sponsored

Masak sambal tak pecah minyak dan tak sedap kalau…

“Contoh masak sambal kalau minyak tak banyak tak pecah minyak. Ubah resipi tu jadi tak sedap, nanti orang cuba tak sedap, I yang kena maki balik.”

“Jadi boleh cuba cara masakan, tapi bila makan kawal kuantiti. Kalau nak ubah masa masak sendiri ikut citarasa bolehlah buat.”

Meninjau di ruangan komen mengenai perkongsian isu masakan berminyak ini, rata-ratanya memuji penjelasan Khairul Aming.