“Kau tak pernah beli beras, thank you for this cacat kekal…”-Shuhada

Sponsored

Susulan kejadian menimpa Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri apabila dia berkongsikan di Instagram Story tentang keadaannya yang menerima rawatan di hospital membuatkan ramai pihak cuba mendapatkannya.

Meskipun begitu, Nurul Shuhada tampil meminta maaf dan ujarnya akan memberikan kerjasama penuh selepas mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, mengejutkan pula selepas ahli keluarga mengesahkan Nurul Shuhada didakwa ditumbuk oleh Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran.

Sponsored

Menerusi berita yang tersebar itu bagaimanapun keadaan Nurul Shuhada dikatakan sudah stabil namun masih terkejut dan perlu mengambil masa untuk berehat. Pun begitu, beberapa jam yang lalu Nurul Shuhada di Instagram peribadinya bagaimanapun memuat naik coretan panjang.

“Coretan seorang Shuhada, Apa yang dah jadi, Allah memang nak terterakan depan mata yang penyesalan dari seorang manusia jangan kau ukur dengan janji di mulut. Play victim as in dia rasa apa yang dia buat selama ni tak pernah salah, tapi ingatlah! Allah Maha Mengetahui setiap perkara walaupun hanya dedaun yang luruh dari dahan pokok.”

Sponsored

“Never contact again was a bullshit, yang pasti dia punya stalk i baca every comments is a joke haha, hiduplah kau dengan bayang bayang aku sampai mati, kau takkan tenang and kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak anak untuk backup diri jadi manusia bagus boleh buat kau bahagia teruskan, yang pasti Allah tahu beras kau tak pernah beli beras.”

Terdahulu, Shuhada juga memuat naik foto yang menunjukkan wajahnya terluka dan dia juga menerusi perkongsian beberapa jam yang lalu ini turut menulis coretan mengenainya.

Sponsored

“Thank you for this cacat kekal di muka aku, semoga Allah balaslah seberat berat kifarah buat anda dan anda, hal ini kerana, ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia zalim tidak salah.”

Shuhada