Kecoh di media sosial semalam apabila bekas isteri kepada Hafidz Roshdi mendakwa dirinya telah ditumbuk oleh pelakon itu. Malah ahli keluarga Shuhada sendiri mengesahkan wanita itu telah ditumbuk sebanyak tiga kali oleh pelakon tersebut selepas berlakunya pertengkaran di antara mereka.
Susulan isu yang hangat diperkatakan ini, nama Hafidz Roshdi menjadi bualan ramai di mana rata-ratanya mengutuk tindakan pelakon itu. Namun Hafidz dilihat seakan tidak mengendahkan dakwaan tersebut dan sempat memuat naik video bersama anak-anaknya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Menerusi video tersebut, Hafidz dilihat berjumpa dengan kedua-dua anaknya dan meluangkan masa bersama mereka. Kapsyen yang dimuat naik oleh pelakon itu juga seolah-olah memberitahu bahawa tiada sesiapa yang mengenali dirinya yang sebenar dan betapa dia cukup menyayangi anak-anaknya.
“Kata lah apa pun. Orang bukan tahu macam mana Abah sayang anak-anak. Tanggungjawab dekat anak-anak tetap nombor satu.”
Walau bagaimanapun, pelakon itu mengehadkan ruangan komen di perkongsian tersebut di mana ramai yang tidak boleh meninggalkan komen mereka. Mungkin juga kerana Hafidz tidak mahu menerima kecaman dari netizen seperti yang diterimanya sebelum ini.
Terdahulu, kecoh di media sosial berita mengenai seorang pelakon lelaki yang menumbuk bekas isterinya sehingga mendatangkan kecederaan serius. Nama Hafidz Roshdi kemudiannya dipetik sebagai pelakon yang dimaksudkan selepas Shuhada memuat naik wajah gambarnya yang cedera di Instagram.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.