Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan seorang pelakon wanita yang cukup dikenali ramai satu ketika dulu, Fathia Latiff meluahkan rasa kecewanya.
Dalam rakaman secara langsung itu, Fathia Latiff menyifatkan dirinya tak diberikan keadilan sepatutnya dari orang sekeliling. Menerusi perkongsian rakaman semula siaran langsung di IG Fathia Latiff itu, kedengaran suara pelakon tersebut mempersoalkan kenapa dia tidak boleh luahkan apa yang dirasainya di media sosial.
Sebelum itu kedengaran suara seorang wanita lain menegurnya supaya tidak memuat naik semua perkara di media sosial untuk tatapan umum. Turut kedengaran suara Fathia Latiff yang meluahkan dirinya terasa terancam dan tidak adil baginya sambil tersedu-sedu.
Berikut adalah perkongsian rakaman Fathia Latiff buat live rasa diri terancam tak sependapat dengan keluarganya dan dimuat naik semula di TikTok Xtra:
Perkongsian rakaman Fathia Latiff buat live rasa diri terancam tak sependapat dengan keluarganya ini telah meraih perhatian ramai. Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tertanya-tanya apa yang berlaku kepada artis berkenaan.
Selain itu, orang ramai turut menasihati Fathia Latiff untuk mendapatkan rawatan sepatutnya. Berikut antara reaksi ramai itu:
“Lembutnya mak dia cakap. Kalau mak I tak pandang kiri kanan bom terus”
“Kesian dia mesti dia perlukan someone nak meluah tapi takde yang sudi mendengar. Hope she’ll get better soon”
“Dia perlu seseorang dengar apa dia nak luah”
“Something wrong dia nihh..Lama dah perasan”
Sebelum ini Fathia ada memuat naik mengenai insiden keretanya dilanggar individu tak dikenali di perkarangan pusat membeli-belah. Dalam tulisannya itu dia meluahkan dan mempersoalkan kenapa manusia zaman ini zalim kepada yang lain.
“Saya tak faham kenapa pada zaman ini zalim sangat kepada manusia. Baru-baru ini ketika di kawasan parkir di pusat beli-belah di Shah Alam, ada kereta tiba- tiba mengundur dan langgar kenderaan saya.
“Dia turun kemudian saya maklumkan kepada ayah tetapi ayah minta wanita berkenaan hubungi polis. Saya sedih juga tiba-tiba polis suruh datang buat aduan, kalau tidak akan dikeluarkan waran
“Paling sedih, mengapa ayah tidak minta saya buat laporan polis sebaliknya wanita tersebut yang lakukannya,” tulis Fathia menerusi Insta Stories miliknya baru-baru ini.
Tambahnya lagi Fathia turut terkilan dengan sikap orang di sekeliling yang seolah membenci dan tidak beri perhatian kepadanya.