Adam Shahz 4 Bulan Tak Jumpa Anak, Fatin Afeefa ‘Berkeras’ Bantah Tuntutan Hak Bekas Suami

Sponsored

Pelakon Fatin Afeefa memfailkan bantahan terhadap tuntutan bekas suaminya, Adam Shahz berhubung hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia. Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor akan menangguhkan kes sebutan semula pada 17 April depan.

Difahamkan, pihak defendan iaitu Fatin Afeefa telah memfailkan bantahan untuk pindaan hal lawatan yang difailkan oleh bekas suaminya sebelum ini. Menurut peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Adam, pelakon lelaki itu telah memfailkan tuntutan hak penjagaan penuh terhadap anaknya dari bekas isteri.

Sponsored

“Selepas perbincangan, kami percaya anak guam boleh bertolak ansur untuk berikan hak jagaan kepada defendan. Jadi, itulah perbincangannya. Kita tahu bila seseorang dapat hak jagaan manakala pihak lagi satu akan dapat hak lawatan tetapi dibantah.”

Empat bulan tak jumpa anak

Adam Shahz juga turut berharap proses mahkamah akan dipermudahkan untuk pihaknya dan juga bekas isteri. Dalam masa yang sama, dia memaklumkan sudah empat bulan tidak berjumpa dengan anaknya itu selepas dia disekat oleh bekas isteri dan keluarga mentuanya.

Sponsored

“Kali terakhir jumpa oktober tahun lepas. Saya sendiri tak tahu dia berada di mana. Cuma dapat tahu bekas isteri dah hantar dia ke sekolah berasrama.”

Manakala Fatin Afeefa enggan memberikan sebarang komen dan meminta bekas suaminya untuk menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Tambahnya, dia akan mengikuti apa sahaja proses yang diminta oleh pihak mahkamah berhubung kes penjagaan anak perempuan mereka ini.

Sponsored

“Tak ada apa yang boleh saya katakan. Kita dah masuk ke mahkamah, jadi kita akan mengikut proses yang sepatutnya. Saya tak mahu berikan sebarang kenyataan yang akan memakan diri dan menghormati pihak mahkamah.”

Sekadar info, Fatin Afeefa dan Adam Shahz mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Walau bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk bercerai selepas empat tahun menjadi suami isteri. Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin Afeefa turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberkosmo