Hafidz Roshdi Tersentuh Sharnaaz Ahmad Beri Kata-Kata Semangat, “Nota Yang Sangat Bermakna…”

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsikan satu pesanan buat Hafidz Roshdi yang kini berhadapan dengan kemelut rumah tangganya bersama bekas isteri, Shuhada. Terdahulu, Hafidz mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mencederakan wanita itu sehingga mengakibatkan parut kekal di wajahnya.

Di dalam pesanan oleh Sharnaaz itu, dia mendoakan Hafidz dan Shuhada diberikan kebahagian mereka masing-masing selain turut berharap pelakon itu kembali sembuh seperti biasa. Sharnaaz juga turut berpesan kepada orang ramai untuk tidak menjadi batu api dan memanaskan lagi isu yang berlaku ini.

Sponsored

Hafidz Roshdi terharu

Tersentuh dengan nota yang dikirimkan ini, Hafidz memuat naik satu perkongsian bagi menzahirkan ucapan terima kasih buat Sharnaaz. Di dalam perkongsian itu, Hafidz memberitahu dia berasa tersentuh apabila Sharnaaz mengambil berat dengan apa yang berlaku di dalam hidupnya itu.

“Terima kasih banyak-banyak sahabatku kerana telah meluangkan masa untuk menulis nota yang sangat bermakna bagi menjalani proses ini. I’m so touched bro!

Sponsored

Tambahnya, nota yang ditulis oleh Sharnaaz itu juga sangat bermakna buat dirinya yang kini menghadapi detik sukar dalam hidupnya. Dalam masa yang sama, Hafidz turut memberitahu dia menghargai semua doa dan sokongan yang diberikan oleh rakan artis, peminat dan media yang mendoakan terbaik untuknya.

Terdahulu, Hafidz dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Nurul Shuhada. Namun Hafidz mengaku tidak bersalah dan mahkamah memintanya menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram