Fesyen DSV Sekali Lagi Jadi Bualan Ramai, “Betul2 Sejuk Ya..Toto Terus Dia Bawak”

Sponsored

Usahawan terkenal dengan nama Dato’ Seri Vida atau lebih mesra dengan panggilan DSV ini sekali lagi mencuri perhatian ramai. Aktif mempamerkan gaya hidup di sosial media, keunikan DSV dalam memasarkan produknya juga menjadi antara sebab mengapa dirinya sering menjadi perhatian warganet.

Terbaharu penampilan DSV di acara karpet merah majlis Gempak Most Wanted Awards telah membuatkan ramai terpegun. Gaya fesyen DSV pada malam itu dilihat agak unik dan membuatkan ramai meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen.

Sponsored

Menerusi perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Dato Seri Vida ini, kelihatan figura tersebut hadir di acara karpet merah diiringi oleh anaknya, Cik B.

Berikut adalah perkongsian rakaman fesyen DSV sekali lagi jadi bualan ramai yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok miliknya itu:

Sponsored

Lain macam betul gaya fesyen Dato Seri Vida ini ya! Memang menonjol dan mendapat perhatian ramai. Anak DSV, Cik B pun tak kurang hebatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan tak kurang juga mengusik gaya pemakaian usahawan tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian fesyen DSV sekali lagi jadi perhatian ramai di acara ini:

Sponsored

“Patut la aku cari selimut tak jumpa rupanya da ada dekat DSV”

“Creative. pesen lama2 keluaq balik. Suka. Dulu perca buat selimut macam ni la”

“Nak sewa baju dato untuk maskot rumah sukan boleh?”

“Dato Vida bawa toto, cik b bawak tikar getah”