Juara Ceria Popstar musim kedua tahun 2014, Masya Masyitah ini sering mendapat perhatian ramai di sosial media. Gara-gara pemakaian dan penampilannya yang dikatakan agak kurang sesuai buat yang berhijab, seringkali ruangan komen muat naiknya dipenuhi dengan teguran dari netizen.
Masya Masyitah ini diakui memiliki bakat nyanyian tersendiri namun isu pemakaiannya yang sering menjadi perhatian dan buah mulut ramai. Terbaharu, perkongsian beberapa foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Masya Masyitah sekali lagi menjadi perhatian ramai.
Dalam perkongsian tersebut penyanyi berusia 22 tahun itu berkongsikan memorinya yang sedang bercuti di Jepun. Namun apa yang membuatkan dia jadi buah mulut ramai adalah gaya pemakaiannya dikatakan kurang sesuai buat penampilan berhijabnya itu.
Berikut adalah beberapa muat naik yang dikongsikan menerusi akaun media sosial milik penyanyi ini dan menjadi perhatian ramai mengenai pemakaian Masya Masyitah sekali lagi ditegur itu:
Dalam perkongsian tersebut dipaparkan Masya Masyitah mengenakan pakaian dari jenis denim. Namun apa yang membuatkan ia menjadi perhatian adalah pakaian itu pendek dan dipadankan dengan seluar ketat berwarna putih.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui kurang senang menyaksikan penampilan pemakaian Masya Masyitah itu. Malah ramai juga yang menegurnya untuk lebih bijak dalam memilih pakaian.
Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian pemakaian Masya Masyitah sekali lagi ditegur netizen ini:
“Lama2 kesian aku tengok budak ni. Gaya tak halalkan cara. Nak tegur, dah besar. Mak ayah lebih layak tegur anak sendiri…”
“Aku nak komen tapi ramai yang dah tolong komen kan..Harap Masya lebih cerdik berfikir dalam hal ni”
“Dah serupa macam tak pakai tudung sebab dengan skirt pendek dan legging ketat lagi…Awak tu berhijab dik bukan freehair…”
“Cantik baju tu..Macam kpop..Tapi seluar tu balut aurat bukan tutup aurat..Harap baiki lagi penampilan…”