Semua sedia maklum, pelakon Hafidz Roshdi telah pun melafazkan talak cerai terhadap isterinya Shuhada menerusi panggilan telefon. Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan susulan dakwaan orang ketiga yang menjadi punca keretakan hubungan pasangan ini.
Semenjak berita perceraian ini dikongsikan, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Shuhada dan menyokong wanita itu di akaun Instagram miliknya. Namun baru-baru ini, netizen berasa hairan apabila Hafidz Roshdi sempat meninggalkan komen di akaun bekas isterinya itu.
Di dalam hantaran tersebut, Shuhada memuat naik gambarnya dengan kapsyen memberitahu dia dan anak-anak berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Dia juga turut meminta orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dia dan dua anaknya yang masih kecil selepas ini.
Hafidz Roshdi tinggal komen
Namun apa yang mencuri tumpuan ramai ialah Hafidz Roshi kemudiannya meninggalkan komen dan menegur penampilan wanita itu yang kini memakai pendakap gigi. Komen yang ditinggalkan itu turut membuatkan ramai berasa pelik dengan tindakan pelakon itu yang seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Pergh! Pakai braces dah congrats.”
Malah kebanyakan netizen turut mengecam tindakan pelakon itu yang dilihat sengaja mengganggu wanita itu yang kini di dalam proses untuk ‘move on’ dan bangkit semula selepas diceraikan. Meninjau di ruangan komen, netizen menyelar tindakan Hafidz ini dan ada juga yang menganggap pelakon itu ‘meroyan’ selepas melafazkan talak cerai.
“Hang mental ke? Dah ceraikan nak letak love-love emoji bagai.”
“Meroyan talak ke?”
Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Athira Yuhada membuat permohonan maaf selepas dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga itu. Menurutnya, dia mengakui kesilapan tersebut dan memaklumkan sudah lama tidak berhubung dengan pelakon itu namun kenyataan tersebut telah disangkal oleh Shuhada.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.