Bakal Tamatkan Zaman Duda, Shuib Dan Watie Rancang Kahwin Pertengahan Tahun Ini

Sponsored

Desas desus mengenai pelawak dan usahawan, Shuib dan kekasih hatinya iaitu Watie akhirnya terjawab apabila Shuib memaklumkan bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi. Sebelum ini, pelawak itu ada memaklumkan sudah bersedia untuk membawa hubungan itu ke fasa yang seterusnya.

Menurut Shuib, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Watie pada pertengahan tahun ini. Namun urusan mengenai majlis tersebut masih di dalam perancangan dan dia akan memaklumkan dengan lebih terperinci apabila tiba masa yang sesuai.

Sponsored

Dalam masa yang sama, Shuib turut mengulas mengenai isu Watie yang kini semakin menjadi perhatian netizen di media sosial. Terdahulu, ada segelintir netizen yang tidak bersetuju apabila dikhabarkan wanita itu sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelawak tersebut.

“Saya selalu beritahu dia supaya jangan ambil pusing atau baca komen. Kadang-kadang kesian juga sebab dia bukan selebriti. Setakat ini semuanya baik dan saya ada beritahunya, tak mengapa (jadi perhatian netizen), tetapi saya bimbing awak.”

Sponsored

Tambah Shuib, dia turut berasa kasihan apabila Watie sering kali menjadi perhatian netizen dan menerima komen-komen mereka walaupun wanita itu bukanlah dari golongan selebriti. Namun dia memberitahu akan membimbing wanita itu sebaiknya dalam soal ini.

Rapat dengan anak bongsu

Shuib juga turut meluahkan rasa terharu dengan penerimaan ibunya terhadap Watie termasuklah anak bongsunya, Ayash Affan yang kini rapat dengan wanita itu. Dia berkata anak bongsunya itu juga kini dijaga oleh Watie sementara ibunya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.

Sponsored

“Ayash hanya mahu tiga orang wanita sahaja iaitu mama, pembantu dan Watie. Sekarang pun Watie yang menjaga Ayash sebab mama sedang mengerjakan umrah.”

Sekadar info, Shuib sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Siti Sarah pada tahun 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada Ogos 2021, penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir akibat virus Covid-19 dan sempat melahirkan anak bongsu mereka, Ayash Affan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.