“First time dengar”- Kongsi rahsia bahagia, suami Eina Azman dipuji ‘soft spoken’

Sponsored

Pelakon, Eina Azman merupakan salah seorang selebriti wanita yang sering menjadi perhatian dan dia antara yang disukai peminat di laman media sosial kerana sering berkongsikan resepi masakan.

Malah jarang terpalit kontroversi, pasangan Datin Paduka Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pula begitu disukai ramai kerana kehidupan mereka yang sweet antara satu sama lain. Namun begitu, baru-baru ini kecoh mengenai pasangan ini namun sudah dijelaskan hanya sekadar prank.

Sponsored

Namun begitu, terbaharu peminat dapat mendengarkan suami Eina Azman pula berkongsikan rahsia bahagia rumah tangga mereka.

Suami pelakon jelita ini dalam pada masa sama berkata begitu menyukai masakannya dirumah terutama Masak Lemak Ketam sebagai masakan kesukaannya.

Sponsored

Perkongsian keluarga.my itu bagaimanapun membuatkan orang ramai begitu memberikan tumpuan kepada cara suami Eina Azman itu bercakap yang mana ramai memberikan pujian kerana dia dilihat seorang yang soft spoken yang mana sikap tersebut sama dengan Eina Azman sendiri.

Dalam pada itu, berikutan sebelum ini ada dakwaan tentang orang ketiga dalam hubungan mereka namun hanya sekadar prank membuatkan ada juga berkata tidak percaya jika suami selebriti jelita ini berbuat demikian.

Sponsored

‘Husband and wife soft spoken, nampak macam gangster tapi soft sangat’

‘Masa tengok IG dia nangis tu…’

‘Tak sombong dari dia bercakap nampak’

‘Memang baik dan suka tersenyum’