Menerusi sumber, Shuhada iaitu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi berkata dia terbuka untuk bermadu sekiranya suaminya itu bersikap jujur untuk berpoligami. Ujar Shuhada ketika ditemui kelmarin di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas prosiding bagi pengesahan lafaz cerai terhadapnya.
Walau bagaimanapun, perkongsian seorang founder bernama Sha Hasan mengenai Shuhada yang dijumpainya kerana dibawah peguam yang sama menarik perhatian ramai untuk mendoakan mereka.
“Tabahnya seorang wanita,” ujarnya disamping menceritakan tentang wanita terbabit yang dikatakan seorang diri datang dari Perlis dengan train. Dia merasa kesian dengan Shuhada kerana sekarang, dia tiada kenderaan untuk berulang alik dan kemana-mana sendiri.
Mengambil peluang itu, dia berjumpa Shuhada dan sekali gus memberikan semangat buatnya. “Shu ni tulus sangat orangnya,” kata Sha Hassan tentang Shuhada.
Mendengarkan semangat diberikan oleh founder tersebut kepada Shuhada, ramai mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya dan meninggalkan pelbagai reaksi positif diruangan komen.
‘Suka nya dengar nasihat sha dengan kita-kita semangat. Hope dua-dua tabah dengan ujian’
‘Nampak sangat Shu ni tulus orangnya cakap pun lembut jaa dengan teratur ja, moga lepasni hidup Shu makin bahagia’
‘Insan terpilih yang Allah pilih untuk diuji. Perit, sakit tapi mungkin sementara. insyaAllah bahagia akan menanti’
‘Ada hikmat yang terjadi, semoga para wanita hebat ni semua berjaya dunia akhirat’