Foto dikongsi Syazwan buat netizen salah sangka, “Mati2 ingat group Kpop baru”

Sponsored

Buat peminat drama berjudul Angkara Cinta tentu sudah cukup familiar dengan pelakonnya, Hun Haqeem, Meerqeen dan Syazwan Zulkifly. Nampaknya penangan drama tersebut membuatkan ketiga-tiga pelakon ini juga semakin rapat. Jadi satu hantaran Syazwan Zulkifly diruangan media sosial miliknya ini membuatkan mereka menarik perhatian ramai.

Angkara Cinta merupakan sebuah drama yang mendapat sambutan penonton apabila ia mengandingkan ramai pelakon hebat. Meskipun sudah melabuhkan tirai pada tahun lalu namun ia masih diingati penonton.

Sponsored

Tiga pelakon Angkara Cinta jadi perhatian

Menerusi perkongsian Syazwan Zulkifly ini bagaimanapun membuatkan ramai terhibur namun dalam pada masa sama, ada yang tersalah sangka menyangka dia dan Hun Haqeem serta Meerqeen merupakan ahli kumpulan Kpop baharu memandangkan dia memuat naik sekeping foto kepada umum.

Sponsored

Selain Hun Haqeem, Meerqeen foto dikongsikan Syazwan Zulkifly ini juga kelihatan Yusry Abdul Halim sekali gus melengkapkan lagi sangkaan mereka kumpulan Kpop baharu. Seloroh Syazwan juga mencuit hati ramai, “Andainya ini kumpulan Kru yang baru. Amacam boleh jual tak? Hehehe selamat pagi semua.”

Menerusi ruangan komen, foto dikongsikan itu juga membuatkan ramai meninggalkan reaksi mereka dan dalam pada masa yang sama, hantaran terbabit ditinggalkan ribuan tanda suka ramai.

Sponsored

‘Ingat korea mana yang baju…’

‘Ingat group K-Pop mana tadi’

Syazwan

‘Line up Angkara Cinta ni kecuali Yusry’