Sebut sahaja nama Tokti atau nama sebenarnya Datuk Seri Siti Nurhaliza tentu ramai yang begitu meminatinya. Penyanyi nombor satu negara ini juga sehingga kini masih sahaja menjadi sorotan ramai dan perkembangan Tokti antara yang tidak hanya dinanti-nantikan peminat malah selebriti juga.
Selain Tokti semestinya adik beradik perempuannya juga antara yang tidak terlepas daripada menjadi tumpuan ramai. Umum diketahui, dua beradik perempuan Tokti iaitu Saida Tarudin dan Sairah Tarudin ini juga mempunyai suara merdu. Jadi menerusi perkongsian TV3 Malaysia ini membuatkan mereka hangat diperkatakan.
Menerusi rakaman yang turut menarik ribuan warganet ini, difahamkan Saida Tarudin dan Sairah Tarudin merupakan peserta dalam rancangan Famili Duo yang mana rancangan nyanyian di TV3 ini kembali dengan musim baharu dan akan mulai ditayangkan pada pukul 9 malam di TV3, setiap Ahad.
Rancangan ini juga akan memulakan tayangan pada 18 Disember nanti. Walau bagaimanapun, persembahan duet adik beradik Tokti ini membuatkan warganet dalam pada masa sama terpukau dengan suara mereka sehingga rakaman tersebut meraih ribuan tanda suka.
Ramai puji suara Saida Tarudin dan Sairah Tarudin
Menjengah ke ruangan komen nampaknya segelintirnya berpandangan bahawa suara Saida Tarudin dan Sairah Tarudin mempunyai iras dengan suara Tokti namun ada juga yang tidak hairan memandangkan mereka adalah adik-beradik.
‘Wah dua dua macam suara Tokti sedap’
‘Gabungan yang mantap…’
‘Sedapnya suara…’