Ameera Khan Dedah Punca Hilang Dari Sosial Media, “Saya Hanya Mahu Berehat”

Sponsored

Menjadi seorang terkenal bukanlah mudah seperti yang banyak kita lihat di sosial media. Kebanyakan foto dan video nampak segelintir dari mereka ini memiliki kehidupan sangat santai dan mewah.

Namun di sebaliknya tiada siapa yang tahu. Bagaimanapun baru-baru ini pempengaruh dan model terkenal, Ameera Khan mendapat perhatian ramai selepas dilihat memuat naik foto terbaharu di Instagram miliknya.

Sponsored

Akaun Instagram milik Ameera Khan dengan nama Littlemisskhan yang memiliki jutaan pengikut sebelum ini heboh bila sudah lama dibiarkan tanpa muat naik foto mahupun video terbaharu.

Disebabkan itu ramai peminat adik kepada Neelofa ini yang meluahkan rasa rindu apabila akhirnya pempengaruh ini kembali memuat naik foto di Instagram tersebut.

Sponsored

Selepas kemunculan tersebut, Ameera Khan dedah punca hilang dari sosial media menerusi video live di laman Instagram miliknya. Ameera mendedahkan dia ‘hilang’ dari dunia maya kerana sifat benci dari segelintir masyarakat terhadapnya.

Tambah gadis berusia 22 tahun ini lagi, dia berasa tertekan dengan situasi tersebut dan membuat keputusan untuk berehat dari sosial media.

Sponsored

Menurutnya menerusi Ameera Khan dedah punca hilang dari sosial media ini, dia ada Instagram orang bercakap tentangnya. Bila dia berehat dari Instagram orang masih lagi bercakap mengenainya.

Perkara tersebut membuatkan dia rasa tertekan dan dibenci. Selain itu Ameera juga berkongsi yang dirinya banyak menghabiskan masa menyendiri.

“Selama enam bulan berehat daripada media sosial, saya habiskan masa dengan keluarga, mengembara, bersenam dan membaca. Tapi hampir kebanyakan masa saya akan bersendirian. Saya tidak galakkan anda untuk berbuat begitu, cuma saya hanya mahu berehat,” Ujar Ameera.

Meninjau di ruangan komen di Instgaram milik Ameera Khan, ramai yang meninggalkan kata semangat buat pempengaruh muda ini.