Gosip percintaan antara dua peserta Gegar Vaganza iaitu Tom dan Fuad Rahman semakin hangat diperkatakan peminat dan warganet. Malah pasangan ini sendiri sudah akui hubungan cinta mereka itu di sosial media.
Selain itu, kisah rumahtangga Fuad Rahman yang sebelum ini dikhabarkan sudah pun tamat turut menjadi perhatian ramai. Biarpun begitu, Fuad menegaskan berakhirnya kisah rumahtanggannya itu tiada kena mengena dengan Tom.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini heboh pula ada dakwaan yang mengatakan Fuad dan Tom sudah bernikah. Ini kerana kemesraan yang ditunjukkan bekas peserta Gegar Vaganza ke-9 itu membuatkan ramai tertanya-tanya status mereka.
Menerusi satu sesi live di sosial media baru-baru ini, pasangan penyanyi ini tampil berbual dan memberitahu mengenai perkara sebenar. Berikut adalah salah satu rakaman yang turut dimuat naik di sosial media:
Dalam video secara live di TikTok itu Fuad dengan selamba menyatakan jika mereka beritahu kepada umum yang dia dan Tom sudah nikah pasti ramai yang terkejut.
“Lembut, pandai masak, pandai uruskan anak-anak, suami pun pandai uruskan. Kita kalau cakap dekat diorang yang kita dah nikah mesti diorang terperanjatkan”, kata Fuad dalam sesi live berkenaan.
Disebabkan itu Tom tiba-tiba panik dan menekup mulut Fuad membuatkan spekulasi sudah bernikah itu terus tersebar. Bagaimanapun Fuad jawab gosip yang tersebar itu dan menjelaskan mereka masih belum berkahwin dan sedang merancang ke arah itu.
Kata Fuad jawab gosip berkenaan, jika mereka berkata sedemikian pasti ramai yang terkejut. Dia memang mahu bernikah tapi belum masanya lagi dan masih ada urusan yang perlu diselesaikan.
“Tak ada la, saya cakap kalau kita cakap nak nikah, mesti diorang terperanjat. Yela, kita memang nak nikah tapi belum masanya lagi la. Konon-kononnya saja la, Insya-Allah. Serius, kita belum nikah lagi,” Ujar penyanyi dari Singapura ini.